Sunday, 23 December 2012

Planet X atau Planet Nibiru : Mungkin Kemusnahan Bumi



Apakah sebenarnya Planet X atau Planet Nibiru :

Perlanggaran Nibiru atau tabrakan Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar) yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. Penganut peristiwa ini menyebut objek yang mendekati Bumi itu sebagai Planet X atau Nibiru.
Idea ini pertama kali diusulkan oleh Nancy Lieder tahun 1995. Lieder menyatakan dapat menerima pesanan dari makhluk ruang angkasa dari sistem Zeta Reticuli. Ia memperingati manusia bahawa benda tersebut akan melewati Sistem Suria pada Mei 2003 (kemudiannya diubah menjadi 2010), menyebabkan pergeseran kutub bumi yang akan menghancurkan peradaban umat manusia. Ramalan perlanggaran ini menyebar di luar laman sesawang Lieder ZetaTalk, dan dipercaya oleh kumpulan-kumpulan yang menghubungkan perlanggaran Nibiru dengan ramalan kiamat 2012. Walaupun nama "Nibiru" berasal dari karya Zecharia Sitchin mengenai astronaut kuno, Sitchin sendiri membantah hubungan antara karyanya dengan bencana yang akan datang.
Usul bahawa objek sebesar planet akan melanggar Bumi pada masa depan tidak didukung oleh bukti ilmiah dan dianggap sebagai pseudosains. Namun, ketakutan akan perlanggaran Nibiru menyebabkan kerisauan pada penduduk awam.



Penafian Kerajaan :

Tiada bukti sahih Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012
Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa sebuah planet yang dikenali Planet X atau Planet Nibiru akan berlanggar dengan bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, hasil pencerapan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mendapati tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru.

Pandangan Islam :

Penjelasan Dan Kepastian Planet x (nibiru) 2012 Dalam Islam Dan Hadis Palsu


Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

INI JAWAPAN DARI JAKIM
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
Wassalam...

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)


Tanda-Tanda Hampirnya Kiamat :
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

§  Hijaunya bumi Arafah.
§  Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
§  Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
§  Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
§  Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
§  Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
§  Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
§  3 kali gempa bumi.
§  Bermulalah kekuasaan Dajjal.
§  Munculnya Imam Mahdi.
§  Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
§  Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
§  Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
§  Matahari terbit dari ufuk barat.
§  Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua

No comments:

Post a Comment